Isnin, 15 April 2013

BELAJAR BAHASA INGGERIS - PENGGUNAAN "MODALS".

,

APA ITU PENGGUNAAN MODALS SAYA PUN TAK TAU, JOM KITE SAME2 LAYANN.HUHUHU

#Belajar Bahasa Inggeris
sebenarnya tidak terlalu susah.
Jika anda beranggapan belajar bahasa inggeris itu susah maka susah jadinya.
Paling penting ada KEMAHUAN
untuk memperbaiki penguasaan bahasa inggeris.

Penggunaan "Modals" - Kata
Kerja Bantu (Auxiliaries Verbs)


Contoh "modals" adalah:

can, could, must, have
to, may,might, shall, should,
will,would, ought to dan had
better.

Semuanya mempunyai fungsi
yang berbeza. Sebelum itu,
anda perlu tahu 4 "modals"
iaitu:

i. Modals yang tidak ditambah dengan: –s, -ed, atau –ing

Contoh:

1) She cans drive a motorcycle. (salah)
2) She can drive a motorcycle.
(betul)
3) He canned speak three
languanges. (salah)
4) He can speak three languanges. (betul)

ii. Modals diikuti kata kerja Anda harus menggunakan kata kerja setelah "modals". Dengan kata lain, kata kerja tersebut tidak ditambah dengan s/es, -to, atau –ing.

Contoh:

1) They can to come to the
party. (salah)
2) They can come to the
party. (betul)
3) She might bringing a friend
to the party. (salah)
4) She might bring a friend to
the party. (betul)

Bagaimana dengan "have to"
dan "ought to"? Dengan
adanya "to", anda tetap harus
menggunakan kata kerja setelah "modals" tersebut.

Contoh:

1) You ough wash your car.
(salah)
2) You ought to wash your
car. (betul)
3) You have study harder.
(salah)
4) You have to study harder.
(betul)

iii. Pengecualian dalam ayat
negatif Untuk membuat ayat
negatif, tambahkan "not" atau "n’t" setelah modals.


Contoh:

1) I cannot dance very well.
(atau: I can’t dance very
well).
2) You should not go to bed
so late on a work night. (atau:
You shouldn’t go to bed so
late on a work night.)

PERHATIAN: can+not ditulis sebagai cannot, bukan can not.

Contoh:

1) You can not park in front of
a fire hydrant. (salah)
2) You cannot park in front of
a fire hydrant. (betul)

Bagaimana dengan "have to"
dan "ought to"? Kedua-dua
modals ini TIDAK DITAMBAH dengan not untuk membentuk ayat negatifnya.

Do/does not @ did not digunakan untuk membentuk ayat negatif pada have to. Sementara itu, tambahkan not setelah ought (sebelum to) untuk membentuk ayat negatif ought to.

Kurang faham?

Contoh:

1) You do not have to worry
about me. [Anda tidak perlu
merisaukan saya]
2) We ought not to say that
to her. [Kita sebaiknya tidak
mengatakan itu kepadanya]

Catatan: Ought not to umumnya tidak digunakan dalam perbualan bahasa inggeris. Secara amnya,
kebiasaannya seseorang lebih suka menggunakan should not.


Contoh:
You should not say that to her.

iv. Modals digunakan untuk semua subjek, kecuali shall.

Anda tidak perlu pening memikirkan subjek dan pasangan modals kerana semua "modals" (kecuali shall) boleh digunakan untuk semua subjek.

Contoh:

1) I will come to your party.
2) She will come to your party.
3) They will come to your
party.

* Itulah serba sedikit asas
penggunaan "MODALS" dalam
membina ayat atau ketika
cuba bercakap dalam bahasa
inggeris. Dapat faham serba
sedikit?

** Belajar bahasa inggeris
memerlukan latihan dan
praktikal. Anda faham sahaja
tidak berguna jika tidak cuba
mengamalkannya kerana "PRACTISE MAKES PERFECT".,

BOLEH BAH KALO KO.AHAHA.